A little escape

GAZA Aku Mahu Datang!

20.11.2012 - pen 0.4 & 0.6 - Project Department - Xde kerja

Kalaulah aku boleh bertukar menjadi supersapien penyelamat jiwa-jiwa sengsara di Gaza sana, aku mahu! Aku akan datang sekelip mata dan bersihkan tanah Gaza dari cengkaman jiwa-jiwa kejam dan jahat!

Aku mahu, tapi aku tak mampu. Tak punya kuasa sakti untuk menjadi manusia hebat menentang keganasan dan kekejaman.

Aku cuma mampu pejam mata dan membayangkan suatu keajaiban berlaku di sana, Gaza.

Aku melihat makhluk bersayap putih, hitam dan hijau berbondong-bondong muncul dari celah-celah awan. Satu persatu turun membentangkan sayapnya lalu memeluk erat jiwa-jiwa yang sedang ketakutan. Makhluk itu banyak ya amat. Setiap sayapnya mempunyai mata. Mata yang tampak garang dan bengis. Warnanya putih terang menyilaukan suasana.

Sejerus kemudian, aku melihat lagi makhluk-makhluk bersayap putih, hitam dan hijau membawa jiwa-jiwa yang ketakutan di dalam pelukkan mereka terbang kelangit lalu meninggalkan jiwa-jiwa itu di sana.

Sekelip mata, aku melihat semuanya sudah aman. Selepas sekumpulan makhluk bersayap hitam mengerjakan jiwa-jiwa mereka yang kejam itu dengan pukulan yang maha dahsyat sekali. Aku sendiri tidak dapat melihat apa yang telah berlaku. Aku cuma merasakan angin yang kencang dan bunyi guruh yang kuat. Sampai kejadian itu membuatkan aku tidak dapat membuka mata dan kempunan menyaksikan pembalasan hebat. Kesudahannya, bersih semuanya seperti di sapu.

Aku sebenarnya mengharap keajaiban berlaku di mukabumi ini. Supaya manusia boleh berdamai tanpa ada kekejaman dan peperangan lagi. #PrayForGaza