A little escape

12.12.12

12.12.12

Semalam sudah berlalu. Jadi catatan ini hanya sebagai kenangan untuk disimpan di dalam kotak ingatan. Mungkin juga sebagai panduan, pada yang mencari-cari apa kejadiannya pada 12.12.12. 

12.12.12

Ulang tahun ayahanda beta yang ke-enam puluh sembilan tahun. Doa anakanda di sini sentiasa mengiringi mu, ayahanda. Anak di sini mendoakan, moga Allah memanjangkan usia ayahanda, diberi kesihatan yang baik sepanjang tahun agar ayahanda berkesempatan menjadi wali pada anak ini yang usianya akan meningkat lagi setahun sebulan lagi dari sekarang. Anak ini juga berdoa agar Allah memberi kesempatan pada ayahanda memeluk dan mencium zuriat yang lahir dari rahim anak bongsu mu ini. Begitu besar tanggungjawab anakanda kerna ayahanda sudah sepenuhnya berharap. Anakanda seorang sahaja yang menjadi harapan sekarang ini untuk membuktikan pada orang kampung yang keturunan ayahanda bukan perempuan mandul. 

12.12.12

Rezeki dari Allah hari ini. Mereka di satu tempat kerja sangat berbesar hati menghulurkan makanan. Sarapannya nasi lemak. Alhamdulillah. Maisarah Tan wanita mualaf satu department pula memberikan sebiji buah cempedak dari kampungnya untuk di bawa balik ke rumah. Alhamdulillah. Memang sejak kebelakangan ini terasa rasa nak menikmati cempedak goreng panas-panas. Syukur dapat percuma saiz sederhana. Double happy! Makan tengaharinya pula, Double Cheese Burger dari McDonald. Triple happy?!' Terus terang aku bersyukur atas nikmat yang Allah berikan pada hari ini. Jimat duit belanja. Tapinya, terus terang juga aku katakan, saat kunyahan pertama lagi aku sudah terbayang anak-anak di Gaza sana yang menangis berlumuran darah dan terbayang mayat lelaki dan wanita bergelimpangan di jalan raya. Rasa berdosa. Untuk pertama kalinya aku tidak mampu menghabiskan satu set makanan segera daripada McDonald. Rasa bersalah. Rasa berdosa itu yang membuatkan tekak tidak mampu menerima makanan yang menjadi kegemaran sebelum ini. Sejak semua orang sibuk memboikot barangan Yahudi, aku menjadi semakin ......  Terasa seperti makhluk kanibal yang memakan daging kawan sendiri. Yuckkksss!! 

12.12.12

Sedikit rasa teruja untuk menikmati makan malam berdua bersama tunang. Aku sedang berbahagia? Alhamdulillah. Bila nak bernikah? In sha Allah. Doakan jalan kami menuju ke sana menjadi lebih mudah. 

12.12.12

Khabar gembira dari seorang sahabat sejak sekolah rendah. Tahniah! Hari ini mengikat janji cinta. Mudah-mudahan jalan menuju pelaminan indah akan terlaksana seperti yang dirancangkan. Ikhtiar sebaik mungkin ya sayang. Aku doakan ini kali betul-betul menjadi.