A little escape
Ada benda yang perlu kita simpan.
Ada benda yang perlu kita khabarkan.
Ada perkara yang perlu kita rahsiakan.
Ada perkara yang perlu tunjukkan.
Ada kebaikan yang perlu kita sembunyikan.
Juga ada kebaikan yang perlu tonjolkan.

Bersederhanalah.

Takut-takut kebaikan yang kita canang itu Allah tak pandang pun.
Siapakah yang yakin amalannya sebegitu bagus untuk Allah beri ganjaran pahala?
Kata pepatah
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Lalu kenapa kita harus memilih untuk menjadi nila?
Cuba pilih menjadi sirap, jika dicampurkan susu menjadi bandung
Atau kopi atau teh atau milo atau apa-apa yang lain dan memanfaatkan orang yang dahaga.

Kan lebih indah dari menjadi setitik nila ke dalam susu...
ini macam kisah-kisah hebat
kisah yang betul-betul penting
penuh dengan kegelapan dan bahaya
dan kadang-kadang kita tak nak tahu kesudahannya
kerana mana mungkin kesudahannya penuh dengan kegembiraan.

macam mana dunia ini akan kembali kepada asal ketika begitu banyak perkara buruk telah berlaku?

banyak yang hidup sepatutnya mati.
sesetengah yang mati sepatutnya hidup.

kita semua-
ada peranan lain; untuk kebaikan atau kejahatan.

sebelum semua ini berakhir
rasa belas kasihan
mungkin menentukan banyak nasib.

aku berharap kehidupan ini tak pernah datang kepadaku.
juga harapan mereka yang terpaksa menghadapi musibah hari ini.

tapi semua ini bukan kita atau mereka yang menentukannya.

apa yang kita perlu tentukan
ialah apa yang perrlu kita lakukan;
dengan masa yang diberikan untuk kita.

ada kuasa lain di dunia ini selain kuasa jahat.

kita semua-
ditakdirkan untuk menghadapi semua ini.
tidak ada satu tempat pun yang dipenuhi kesenangan kecuali tempat itu juga diisi oleh kesedihan.

dalam hati ini ada 2 tempat.
senang dan susah.
sekarang kedua tempat itu sama besarnya.