1 Muharram 1434H
15hb November 2012
Perjuangan masih juga belum selesai dan tak akan selesai sampai nanti mati masih juga belum selesai. Assalamualaikum pada malaikat di kiri kananmu. Kiraman Katibin kah, Raqib Atid kah, siapapun nama-nama mereka, moga tahun baru ini kau akan lebih matang dalam membuat pertimbangan menggunakan akal dan bukan menurut nafsu semata-mata.
Mahu menang menuju Jannah atau kalah masuk Jahannam. Markahnya dihitung begini,
"tiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh ganda kebajikan manakala satu kejahatan ditulis dengan satu kejahatan sahaja."
Mudah, bukan? Ayuh berusaha lagi.
Kiamat semakin mendekat. Noted.