A little escape

Sempurna

 

Kita ini tidak perfect, tidak sempurna, tetapi kita harus hampir kepada kesempurnaan.

Sempurna itu apa?

Terlalu subjektif untuk didefinisikan mengikut pendapat secara individu. Lengkap segalanya, tiada cacat dan cela itu maksud umumnya. Ingat! yang lengkap segalanya itu hanyalah Tuhan. Kita ini tak akan pernah sempurna. Tak akan pernah!

Setiap hari yang kita lalui adalah proses menuju kesempurnaan. Itupun kalau individu itu sedar tujuan hidupnya di dunia ini. Bangun pagi, bersarapan, pergi kerja/sekolah/kuliah, balik kerja/sekolah/kuliah, mandi dan tidur. Dalam melalui rutin hidup, kita mengalami pelbagai cabaran. Berjumpa dengan bermacam jenis manusia. Perangai berbeza dan pelik-pelik. Kita diuji dengan masalah. Usahawan diuji dengan masalah ekonomi dunia. Para pemimpin dunia berebut kuasa. Budak sekolah dengan masalah sosialnya. Boleh bikin gila!

Bukankah pengalaman itu adalah pelajaran yang paling berharga.

Kita belajar menuju kesempurnaan. Itupun kalau individu itu tahu matlamat hidupnya di dunia ini. Berimaginasi dan berinspirasi. Berusaha keras mencapai apa yang ingin dimiliki. Dalam berusaha kita diminta untuk berdoa. Jangan lupakan Tuhan. Kerna setiap kesempurnaan hidup kita di dunia ini adalah dari redha dan rahmat-Nya.

Buka minda seluas-luasnya.

Harus belajar menerima kritikan. Pertimbangkan sewajarnya. Jangan pertikaikan kelemahan diri. Perbaiki dan tingkatkan potensi diri. Ubah hati. Bersangka baik dan berfikiran positif. Kalaupun kita diuji dengan ujian yang berat, rasa tak tertanggung dengan beban yang diturunkan, percayalah pada diri yang kita mampu mengatasinya walau apa cara sekalipun. Tapi biar dengan cara yang betul.

Begini.

Hidup ini kan umpama roda. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah. Bila kita berada di atas, jangan lupa pandang ke bawah. Berbuat baiklah pada orang yang telah "mengangkat" kita ke atas. Kalau tak mahu jatuh ke bawah dengan rasa yang sangat sakit, buatlah persediaan apa yang patut. Orang cakap, "sediakan payung sebelum hujan". Bukan dah hujan baru menggelabah cari payung. Tak semua orang sudi berkongsi payungnya dengan kita. Sebelum kita meraih simpati orang, baik kita bersimpati pada diri sendiri. Bukan disarankan untuk menjadi seorang yang individualistik. Kesempurnaan akan tercapai bila kita hidup dengan toleransi.

Harta dunia bukanlah definisi yang tepat bagi kesempurnaan. Ia cuma lambang secara fizikal. Kereta mewah, rumah besar, isteri cantik, suami kacak, anak bijak, duit banyak. Puji-pujian adalah bebanan kesempurnaan itu sendiri. Bayangkan kita bertungkus lumus untuk mendapatkan puji-pujian dari keluarga dan sahabat semua, sudah dapat harus di maintainkan pula. Bukan mudah. Tapi iya, kita masih mampu.

Apapun bertindak dengan niat yang baik. Nawaitu biarlah kerana Tuhan Yang Maha Esa. Kerna yang sempurna itu hanyalah Tuhan.

Sempurnanya kita datang dari hati.

Tapi ikutkan hati, mati!

Hmm...

Disana nanti kita beramai-ramai "disempurnakan" oleh Tuhan.