A little escape

Manto


ada seorang lelaki tua. namanya Manto. Manto sudah berumur 70 tahun. tidak mempunyai isteri mahupun anak. kiranya Manto ini bujang terlajak la. 

Manto tinggal sendirian di sebuah bilik seluas 15'x15' di bawah rumah saudaranya. untunglah. Manto tidak perlu membayar apa-apa. air api semua pakai free. saudaranya kasihan beliau hidup sebatang kara. cumanya, agak menyampah juga sebab Manto ini bengis dan hidup tak sedar di untung sewaktu mudanya. lalu Manto dibiarkan hidup sendirian tanpa gangguan. makan minum pakainya suka hati Manto la mahu uruskan sendiri. tiada yang peduli. mungkin juga boleh jadi mati hidupnya pun begitu.

hari itu seperti biasa Manto tidur dengan tahinya sendiri. bau hancing sudah menjadi temannya sejak beberapa bulan kebelakangan ini. tahi dan air kencing bersepah-sepah di ruang bilik 15'x15' itu. seolah-olah Manto sudah hilang ingatan. dia sudah tidak dapat membezakan mana ranjang mana jamban.

***

wahai manusia, kahwin la kamu sebelum hidup terbiar tiada yang jaga.

eh, rumah orang tua-tua kan ada?

itu pun kalau kamu sempat tahu jalan menuju ke sana. 


-habis-