A little escape

Bodoh Sombong


Jangan disalahkan Tuhan. Dia sentiasa adil. Kau saja yang suka beralasan. Cuba sekali sekala kau buka minda dan cari jalan. Bukan sekadar tahu menyalak bising kemudian kau diam. Serupa ketam tersepit di celah batu. Menjerit melolong mintak tolong-

Bila di tarik tangan, kau kata "tak mahu! tak mahu! tak perlu!"

Semua orang kau persalahkan. Tak pernah lihat diri sendiri yang punya impian dan angan-angan tinggi tapi takut maju ke depan. Kau fikir dunia ini terlalu kejam. Dunia ini tak pernah beri peluang. Kau cuma tahu melepaskan semuanya dengan maki hamun dan rengus-rengusan yang panjang-

Bila di tuding jari, balas mu "ehh bukan aku! bukan aku! aku tak macam itu!"


Bagiku kau adalah manusia yang terlalu banyak alasan.
Dengan apa pun, dengan siapa pun, dimana pun.
Bagiku kau juga adalah manusia yang terlalu sombong untuk mensyukuri nikmat Tuhan.
Walau sehari, walau sedikit cuma, apa lagi hanya sebesar zarah.


Kau lupa yang hidup kita di sini- di dunia yang kau anggap kejam ini hanya sekali
Dan sekali itu adalah peluang yang Tuhan sudah berikan pada kau untuk jadi MANUSIA