tiada catatan lama tidak bermakna saya mahu melupakan kisah silam saya begitu sahaja. biar ia menjadi sejarah di dalam ingatan saya sendiri. saya malu pada diri sendiri sebenarnya. apa lagi pada yang lain.
pernahkah kamu merasa perasaan seperti sukar bernafas sambil airmata mengalir walau hati bukan kesedihan?
saya rasa di mana-mana sudah tidak selamat lagi.
tapi saya tahu, kasih sayang itu sentiasa ada.
saya berubah bukan kerana yang lain. tapi untuk diri sendiri. saya sudah tua. tak lama lagi mati. saya cuma mahukan keamanan dan sedikit kegembiraan. saya mahu berkongsi segalanya bersama kalian. segalanya....
kalian adalah ketakutan saya.
kalian juga adalah kekuatan saya.
dalam saya takut menghadapi alam yang tiada batasnya ini, saya membina kekuatan di dalamnya. ya... dalam jauhnya kita, sebenarnya kita dekat. dekat dalam gelap.
pejamlah mata rapat-rapat. dan cuba lihat di dalamnya ada ketakutan yang dahsyat!