A little escape

Saya Babi

hai saya babi. sebagai babi, saya tidak suka bersendiri. apa pun yang dilakukan saya lebih suka ada kawan. saya ada ramai kawan. kawan rapat saya sudah tentunya babi macam saya jugak. 

saya jenis yang tidak tahan lama berada di satu-satu tempat yang sama pada masa bekerja. saya cepat bosan. saya suka kerja jalan-jalan keluar. ia buat saya merasa lebih yakin pada diri sendiri. kawan-kawan babi saya pun macam tu juga. mereka semua bekerja ke sana-sini macam saya. ada masa kami berkumpul bersama sambil makan dan bergembira. 

babi macam saya ni memang suka bergembira. tidak suka sendiri kerana cepat bosan. jadi kalau kamu nak berkawan dengan babi macam saya ni, kamu kena pandai ambil hati. kiranya saya ni jenis yang sukakan kebebasan. tidak suka dikurung dalam kandang. babi suka jalan-jalan dan makan. tidak hairanlah saya dan kawan-kawan babi saya badan gebu-gebu dan comel semuanya. 

kawan-kawan babi saya semuanya cantik berkarier dan berjaya. termasuklah saya. kurangnya saya kerana lambat berkahwin. kawan-kawan babi lain sudah berkahwinan. mereka pantas dapat anak. biasa lah... babi macam kami ni memang subur badannya. saya ni rasanya kalau kahwin jer sebulan terus bunting kott... 

ada beberapa kawan babi saya sudah berkahwin untuk kali ke dua dan ke tiga. menurut seekor dewa naga, babi macam kami memang tidak ada yang bertahan lama dengan pasangan masing-masing. dalam berpasangan, memang tidak cukup satu. dalam kehidupan babi, sudah tertulis yang dia akan mempunyai pasangan lebih dari satu. dewa naga memberitahu saya yang saya akan berkahwin sebanyak tiga kali sepanjang hidup. saya tak kisah yang penting saya bahagia. punya anak yang ramai memang impian hidup saya. 

babi memang suka pada anak-anak kecil. siapa punya anak pun akan suka pada babi macam saya ni. saya ni memang penyayang orangnya. sayang pada semua apa lagi sesama babi. jangan lah buat saya sedih dengan sikap jahat kamu kerana babi tidak sukakan kejahatan. saya babi yang sukakan keamanan. tapi sekali kamu buat jahat, babi boleh buat jahat yang lebih teruk dari apa yang kamu fikirkan. jangan main-main dengan babi. babi ni sensitif tahuu~ 

bagusnya babi macam saya ni kerana punya semangat berpasukan yang tinggi. sesama babi akan buat kami merasa lebih kuat. kalau ada kambing buat kacau pada kawan babi, babi-babi lain akan serang kambing itu sampai dia mati. kalau tak mati pun, sekurang-kurangnya kambing tu lari jauh dan tidak berani lagi kacau kawan babi yang lain. kami kan sukakan keamanan. tak suka nak bermusuh. 

kalau nak berkawan dengan babi, berkawanlah dengan jujur. babi tak kisah berkawan dengan sesiapapun. walaupun saya ni babi, saya juga punya perasaan. ada maruah diri dan kehadiran saya didunia ini adalah kerana kehendakNya. bukan saya mintak jadi macam babi punn... 







*babi merujuk kepada zodiak dalam kalendar cina.