persoalannya di sini kenapa perkenalan itu patut bermula kemudian tiba-tiba ia menjadi hambar. bagai lagu yang tiada sudah iramanya. mulanya lagu didengar indah. sedap dikuping telinga. mendayu-dayu membuai rasa. membawa roh terbang membelah angkasaraya. menari dengan awan, melambai pada bintang sambil tersenyum pada bulan. semuanya indah. seindah pelangi penuh warna warni.
dia berubah terus diam tanpa kata. ada yang disimpan tapi tak terluah. senyum dalam hati. hati yang rabak tiada yang tahu. sayu. lalu perlahan-lahan ia berlalu pergi membawa diri hilang dari semua janji yang tak pernah dianggap. percuma saja kata-kata manis sebelumnya. mati rasa.
mengerti manusia ini tiada sempurnanya. tak semua mampu menjawab setiap persoalan dengan hati. apa lagi untuk mengucap "maaf aku tak pernah ......."
Hai saya Catherine. Mahu bermain? *senyum sinis
Hai saya Catherine. Mahu bermain? *senyum sinis