Kesempitan, kerugian dan kesusahan
mampu merubah diri kepada yang lebih baik dan positif
Dan kerana itulah kita perlukan ujian!
“ujian itu adalah rahmat”
”ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada kita”
sering kita dengari apabila kita berada di dalam kesusahan.
Semakin ujian itu berat,
keindahan yang berada di hujung jalan kehidupan itu lebih membahagiakan.
Namun hanya merasa bahagia apabila ujian itu dihadapi dengan tenang dan optimis.
Hadapilah ujian itu dengan senyuman dan segunung harapan.
Senyum tanda syukur dan berharap hanya pada Allah SWT semata.
Semoga Allah SWT memberikan keringanan untuk menghadapi ujian dengan ditambahkan kekuatan iman dan taqwa.
Semoga dengan ‘berat’nya iman dapat menghilangkan rasa peritnya ujian.