A little escape

Bertukar

Aku secara peribadinya amat tak suka dengan segelintir orang terutamanya melayu yang mempunyai konsep hidup "Ala... Ulat dalam batu pun boleh hidup...".

Kenapa perlu bandingkan ulat dengan kita?

Ulat perlu bayar duit tol?
Ulat perlu bayar duit petrol?
Ulat perlu bayar saman trafik?
Ulat perlu bayar bil elektrik yang bakal naik?
Ulat perlu bayar harga ayam yang tinggi sempena Ramadhan?

Kau boleh kalau ingin hidup seperti 'ulat' tapi kau nak ke tidur di tepi jalan, tidur dibawah jambatan, takde pakaian, makan harapkan ihsan masyarakat dan sebagainya?

Maaf, tak berniat nak menghina pengemis tapi kau memang inginkan kehidupan seperti pengemis? Jika ya jawapanmu, maaf sekali lagi, kau lebih hina daripada pengemis.