A little escape

Lelaki (1)

Ruang pikiran orang lelaki itu tersangatlah luas sampai kau boleh sesat bila cuba untuk menjelajah didalamnya. Memang rumit mencari konklusi untuk setiap jawapan yang kita sendiri harapkan paling terkena di hati. Contohnya begini, kau tanya “awak sayang saya kenapa?” dia jawab, “no komen”. Atau kau tanya, “betul ke awak sayangkan saya?” dan dia jawab, “no komen”. Kau jadi bingung. Resah. Tapi kau masih terus mengharap si lelaki itu untuk menyayangi dirimu seorang. Dan dalam masa yang sama kau tahu, kau sebenarnya tiada dalam kamus hidupnya walaupun kau dan dia selalu bersama.

Perempuan lemas dengan hujanan kata-kata manis lelaki. Hidup akan terus sesat dengan bunga-bunga harapan.