Aku ada terbaca tentang ini :
Setiap apa yang kita fikirkan adalah realiti.
Dari situ, aku hari-hari berlatih untuk memikirkan yang indah dan bahagia semuanya. Tentang kekayaan, tentang kehangatan cinta dan asmara, anak-anak yang comel bijak dan hebat, rumah yang cantik dan besar penuh gelak ketawa riuh rendah seisi keluarga, percutian yang romantik dan tak terlupakan, kawan-kawan tak putus hubungan dan saling mendoakan.
Bahagianya....
Pastinya kita semua mahu yang baik-baik saja kan?