sebenarnya berdepan dengan orang yang pekak dan buta lebih bahaya daripada berdepan dengan orang yang bisu.
orang pekak:-
dia nampak tapi tak dengar. setiap apa yang diucapkan mungkin ada relevannya kerana dia bercakap berpandukan apa yang dilihat oleh matanya. tapi jangan lupa, mata masih boleh silap. anda percaya pada silap mata? eh, itukan penipuan yang jelas. memperlihatkan sesuatu yang magik lalu kita bersorak kerana ia kelihatan hebat! anda lupa yang anda hanyalah manusia bukannya iguana!
orang buta:-
dia dengar tapi tak nampak. setiap apa yang diucapkan mungkin juga ada relevannya kerana dia bercakap berdasarkan apa yang didengar oleh telinganya. tapi jangan lupa, telinga masih boleh silap. siapa boleh bezakan bunyi kentut waktu pagi dan bunyi kentut waktu petang? perut yang banyak angin mana boleh ditahan-tahan!
orang yang pekak dan buta:-
sudahlah pekak, buta lagi. anda bodoh kalau percaya dia balik kampung naik kereta myvi yang dia beli hasil titik peluhnya sendiri. mungkin dia mampu beli kereta myvi dengan wang hasil menjual tisu di tepi jalan tapi mana mungkin orang pekak lagi buta boleh lulus ujian lesen P. mungkin duit beli kereta myvi itu duitnya tapi, tak mungkin kereta itu didaftarkan atas namanya. boleh jadi si pekak dan buta ini berbohong. boleh jadi juga, si pekak dan buta ini telah dibohongi. kesian!
orang bisu:-
sekurang-kurangnya dia tidak memekakkan telinga cuma mungkin aksinya menyakitkan mata.
orang bisu:-
sekurang-kurangnya dia tidak memekakkan telinga cuma mungkin aksinya menyakitkan mata.