A little escape

Sakinah



apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini 
merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokkan dan kegembiraan 
namun,
kita masih tidak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya


ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu:-
dengan faktor harta 
dengan faktor kekayaan
walaupun itu boleh jadi menyumbang, tetapi itu bukan segala-galanya


betapa ramai orang yang berada di dalam rumah yang besar 
tidur di atas katil yang empuk 
tetapi dia tidak lebih enak
atau lenanya tidak nyenyak 
bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk 
kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita


ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat lazat
lauk pauk yang bagus 
tetapi lidahnya tidak enak 
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk 
tapi dia lebih sedap dan selesa makannya


kata Hamka, "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat" 
semua orang sangka kalau orang tu ada rumah besar, ada makanan yang sedap 
tentulah hidupnya bahagia dan tenang


belum tentu!


tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah swt.


jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang
dia tidak boleh di tahan oleh apa-apa tangan sekalipun
jika Allah menghalang kebahagiaan seseorang 
dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun


jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita 
walaupun sekelip mata 
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah
jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas 
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah 
apa yang orang sangka rugi 
Allah akan memberi keuntungan di mana jalan-jalan manusia tak sangka 
Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan 


apabila kita asyik mengeluh setiap kali di timpa musibah
tengoklah dunia ini! 
kadang-kadang manusia bila dia hilang suatu benda daripada dunia 
kadang-kadang macam dia sudah hilang segala-galanya
berapa banyak dalam hidup kita-kita ini telah melalui keperitan hidup?
cuba ingat!
ketika kita keperitan kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya 
tapi hari ini Allah telah keluarkan kita dan berada dalam keadaan yang baik
ketika kita ditimpa musibah tertentu
kita kata, "habislah aku kali ini"
tapi usia kita tetap berjalan 
kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan kehidupan ini 


ketika kita kata, "ya Allah, tolonglah aku, ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ini kita telah pun lupa akan perkataan itu
dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur 
di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya 


pengalaman sering mematangkan kita
siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal 
bila hati insan bulat kepada ya rabb
"ya Allah aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah"


kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat 
apabila  insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasa dunia ini sangat kecil 
kehidupan ini sangat luas


masihkah kita ingat akan nikmat yang Allah berikan dalam kehidupan kita ini?
kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru 
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
  
seorang hamba Allah yang patah kakinya yang dia tidak pernah pun sebut dulu 
barangkali tidak pernah pun teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak 
tapi apabila suatu hari dia sakit kaki dia kata, "ya Allah, bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat

kata Hamka, "yang ada ini sudah harapan kita" 
bukan salah pun untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa yang telah ada!


bersyukurlah wahai diri ini


sebahagian para sarjana menyebut:- 
syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar


ramai orang terpaksa sabar tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur 
bila dia susah, nak kata apa?
"sabar jer la, apa boleh buat"


"ya Allah, apa saja yang aku alami, daripada nikmat Mu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hamba Mu, tidak ada daripada sesiapa melainkan Engkau wahai Tuhan, bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran" 


subhanallah


bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan kita akan merasa Masyaallah hidup ini 
apa yang Allah kurniakan kepada kita lebih dari harapan kita sebenarnya 


kalau kita ingat daripada hari kita dilahirkan, tempat kita dilahirkan, rumah kita dilahirkan, sehingga pada tempat kita pada hari ini, 


Masyaallah, Masyaallah, Masyaallah.... 


tak dapat nak diucapkan, berapa kali nak sebut pun tak mampu 


 pesanan Nabi buat umatnya;-


"Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"