mungkin aku perlu berada di penjuru
dan bukan ditengah-tengah
kerana yang ditengah selalunya mati dulu
aku bukanlah superman
yang bisa menahan bangunan dari runtuh
sebelum menghempap manusia yang bertempiaran di bawahnya
aku juga bukan semut merah
yang mampu melindungi ratunya
dari di makan lelabah
apatah lagi menjadi pokok kelapa
yang mampu melayan angin kencang ribut taufan
kemudian tenang di kedudukan
aku ibarat ---kelip-kelip yang sesat
dalam bilik gelap yang kosong
dan aku kalah pada cahaya
sekarang ini aku masih di bilik itu
melihat dia yang sedang menukar baju
mahu menegur tapi malu
tunggu sekejap--
cak cak cak --bunyi cicak
ah, sebelum aku mati
baik aku pergi
kita ini
tak selamanya bertahan